Hingga bertemu lagi.
“Bersamanya ku letakkan kepercayaanku sebagai sahabat, bersamanya telah ku lalui suka dan duka. Ya Allah, senyuman insan ini telah mampu membuatkan aku bahagia, Engkau bahagiakanlah sahabatku ini. Ya Allah, di saat tangisan pernah menjadi teman dan penawar hidupku, Kau jadikanlah tangisan sahabatku ini penawar buat dirinya. Ya Allah, aku titipkan salam kemaafan, terima kasih dan sayang pada saat ini untuk sahabatku yang diingati ini, agar dia tahu siapa dia di hatiku. Ya Rabbi, Engkau bahagiakanlah sahabatku ini tanpa ada sedikit kelukaan dihatinya dan Engkau permudahkanlah setiap urusan dunia dan akhiratnya. Salam sayang tiada penghujung buat sahabat seperjuangan yang dirindui.”
From :Mira Fadzleen, 10th Oct 2011.
Allah sahaja yang tahu betapa rindunya aku pada sahabat aku yang seorang ini. Sejak tamat SPM hingga sekarang tak pernah bertemu. Suka, tangis dan rahsia kami berdua sahaja yang tahu. Ya, sampai hari ini.
Terima kasih atas tanda ingatan itu. Ketahuilah olehmu bahawa aku selalu rindu akan tarbiyah bersama kau dan sahabat-sahabat yang lain. Moga tiap-tiap mutiara yang kita temui di sepanjang kehidupan itu menjadi kekuatan untuk kita semua menghadapi dunia sebenar.
Moga kita sentiasa dalam tarbiyah cintaNya wahai sahabatku.






![never lose hope in the Mercy of Allah.. :’) [39:53]](http://25.media.tumblr.com/tumblr_loxqofgKrQ1r09l4io1_500.jpg)
![galaksi:
fingularity:
Those who reject Our signs, We shall gradually visit with punishment, in ways they perceive not. [Qur’an 7:182]
Click image to enlarge.
Nikmat boleh jadi ujian.](http://25.media.tumblr.com/tumblr_leuv3h3ict1qztn65o1_500.jpg)